Tuesday, December 27, 2011

SaYa MendOaKan... ^__^

Assalamualaikum...
welcome to blog bersawang...
blog yang jarang berupdate dan sentiasa behabuk..
fuuuhh...(tiup habuk)
bagi yang x keberatan, sila2 lah bersihkan blog ni dengan membaca entri kali ni ye..


entri kali ni, x panjang, cuma teringin tuk memberitahu sesuatu yang penting berlaku dalam hidup aku..


sebagai pendidik, seringkali aku ingatkan kepada anak didik aku..
dimana sahaja mereka berpijak nanti, sedarlah bahawa dunia persinggahan semata..
dimana mereka berada nanti, biarpun berjaya mececah bulan dan bintang, 
ingatlah, yang lebih tinggi daripada mereka berada adalah Allah S.W.T.
setiap kali ada extra masa didalam kelas, aku suka mengingatkan mereka.
pada masa hadapan nanti, siapa juga mereka akan jadi...
ingatlah, aku suka, gembira, terharu dan bangga apabila anak didik aku,
seorang engineer yang hafiz Al Quran, seorang doktor yang dirinya berkhidmat kepada insan dalam masa yang sama khidmatnya juga kerana Allah..
biarpun cuma kerja2 biasa, namun ibadahnya disisi Allah Taala lebih bernilai..


anak didik aku hidup remajanya nanti penuh dengan rintangan..
hakikatnya aku takut melihat kemungkinan yang bakal berlaku...
al maklumlah... dunia akhir zaman, semuanya ibarat telur dihujung tanduk.
jika tiada iman dan taqwa terumbang ambing lah hidup dibaham dunia..
jika adanya kesedaran, beramallah dengan ilmu yang dipelajari..
ikhlaskanlah hati ketika menuntut ilmu, kelak nanti ganjaran syurga yang Allah beri..




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.
                                                                             hadis riwayat Abu Daud




Aku, sentiasa risau akan apa yang bakal terjadi kepada mereka..
aku mendoakan agar, jalan yang terbaik Allah S.W.T berikan buat diri mereka...
InsyaAllah...




malam semalam, ada ex student yang bertegur sapa dengan aku..
dalam hati, "Alhamdulillah, ingat lagi pada gurunya"
sape mereka??
ha..
ladies and gentleman, presenting......




 






malam tu, mereka berdualah yang buat aku tersenyum mengingatkan waktu aku mengajar mereka...
kami saling berbalas komen di wall facebook aku.
bukan aku pilih kasih kerana meletakkan gambar mereka dalam entri kali ni..
tetapi sebanyak 67 komen yang saling berbalas menggerakkan aku tuk meletakkan gambar mereka berdua...
oppss...bukan nak menjodohkan ye... haha
tapi, gara2 banyak songeh dan loyar buruk mereka yang x berabis tu,terimbau semula saat2 aku memulakan karier sebagai pendidik...


dengan izin Allah, apabila mengajar mereka, aku semakin berpengalaman..
teringat lagi kali pertama mengajar Asyraf...
boleh dikatakan, selepas aku masuk kelas Asyraf aku akan jadi....=____="
mengajar dia merupakan satu cabaran.
bukan dia sahaja, ada lagi rakan2nya yang buat aku geleng kepala...
biasalah, budak.. =__=
aku tahu batas kenakalan mereka, TAPI, jangan BIADAP sudahlah..
remuk nanti hati aku...(ah...sensatifnya aku..tapi BENAR)
entri kali ni bukan nak ceramah, perli atau mebebel..
tapi, disebabkan sayangnya ustaz pada Allah, maka sayang itu luruh pada kamu..
semoga kamu berdua berusaha mengejar Jannah..
dunia cuma sementara... kamu masih muda...
darah muda, biasalah... enjoy semata..
tapi, yang aku harapkan...landasan agama tidak dilupakan...
bittaufiq wannajah..
ustaz sentiasa mendoakan...
^__^


tu sahaja entri kali..
aku terpaksa fikir 10 kali tuk pilih gambar dan wujudkan entri ni..
takut2 ada yang x suka..
tapi...A.D.A.A.K.U.K.E.S.A.H.??
Afiqah, Asyraf entri kali ni tuk kalian berdua...
ada capital A... wah... so sweet...haha..
terkena lagi korang... kah3x..!!!
gmbar tu ustaz edit khas... hehe


p/s: Always meant the word to budak senyum...
selalu dan selamanya menyayangi dan mendoakan budak senyum..^__^