Saturday, December 31, 2011

he eh... blog dah jahanam?

Assalamualaikum..!
welcome to blog bersawang..!!
blog yang jarang berupdate dan... sentiasa berhabuk..
mari lah membersihkan blog ni dengan membaca dan mengklik iklan diatas..
terima kasih.. =)


menunggu idea datang memang menyiksakan..
menunggu datangnya ilham lagi memeningkan...
mau jugak aku tunggang terbalik cari bahan tuk menulis..
argh... kalau xde idea, boleh jahanam jugak blog aku ni.. tsk..=__=


2012 ibarat bencana bagi aku..
mungkin aku tidak galak menghadapi tahun 2012...
namun memikirkan dugaan yang bakal aku hadapi..
terkadang aku mahu mengalah..
ah.. tugas baru sepertinya memenatkan aku..
ah..kesibukan aku mungkin mengundang bara dalam hati aku...
argh...!! persetankan semua itu..!!


ada hikmahnya amanah itu berbondong datang...
menjadi penolong bukannya senang.. 
kadang kerjanya sebelum  majlis bermula..


peduli sahaja semua itu..
memang norma kerja begitu..
jika tidak bukan namanya amanah...


jadi... apa mahuku 2012, perlu aku lakukan sebaik mungkin..
mahu mengumpul kekuatan perlu gigih mencarinya...
sedangkan ultraman dan power rangers pun perlu bersilat tuk mendapatkan powernya..
bukan macam teletubbies.. bersenang lenang dibwah mentari baby yang tersengih manjang...




tahun 2012 aku sebagai...


HAMBA ALLAH
KETUA KELUARGA
PELAJAR
GURU (including minor jobs,guru kelas and guru penolong kanan)
SAHABAT 
BLOGGER


semua ni perlu aku tumpukan... 
sebagai hambaNya saban detik aku perlu berusaha menjadi yang lebih baik..
sebagai ketua keluarga, aku mahu berbakti selagi ada waktu aku bersama mak aku dan aku ingin menjadikan adik2 aku berjaya dalam pelajaran mereka.
x kurang juga adik2 angkat aku.. argh.. berapa ramai agaknya yang aku masih lagi berhubung?
setakat ni baru dua,yang ada tiga... biarlah..ada ukhwah.. adalah jodohnya.
sebgai pelajar, aku kena berusaha secara bijak apabila belajar di OUM..
dan, sebagai guru..
target aku..mengongsi ilmu dengan pelajar2 aku dan dalam masa yang sama, aku nak target tuk pelajar cemerlang b.arab UPKK 2012...
dan juga tak lupa, jawatan guru penolong kanan yang akan mencabar kepimpinan aku..
huh.. terasa bahangnya.!
seterusnya aku nak menjadi sahabt yang sentiasa ada susah dan senang sahabt2 aku..insyaAllah..
dan akhir sekali..
aku nak teruskan minat aku sebagai blogger, dan bermula tahun 2012, blog aku sepenuhnya berkenaan minat aku sebagai pendidik dan tak kurang juga keletah anak murid aku yang tek berabis buat aku menyinga dikelas...






semoga blog ni sentiasa mencurahkan dan mengepostkan entri2 yang seronok dibaca..
tak lupa juga bermanfaat kepada pembaca..
jangn pulak blog aku ni, senyap..
itu yang aku risaukan. dah nama blog bersawang..
dah tentulah berhabuk.. ye x??
kalau xde jugak idea yang datang ketuk pintu rumah aku..
alamat bukan bersawang dah blog aku ni..
mahu berlumut...
pasni leh lah aku greeting korang dengan..
'WELCOME TO BLOG BERLUMUT, BLOG YANG SETAHUN SEKALI BERUPDATE DAN SENTIASA PENUH DENGAN LUMUT KEHIJUAN DAN BERLENDIR"
dah tentu2 lah masa tu ada pembaca yang dah muntah kelabu dek membayangkan lumut yang melekat kat blog ni..




azam aku, berusaha yang terbaik.
dan segala yang aku nyatakan diatas, aku cuba beri yang terbaik..
jika anda mempunyai azam pada tahun 2012 ini.. mari sama2 kita lakukan yang terbaik.. ok..!!
jika bangla boleh lakukan terbaik memesin rumput ditepian jalan untuk menyara hidupnya..
kita pun boleh jugak..
ye... kita boleh jugak dapatkan apa kita mahukan dengan usaha, doa dan bertawakal.


terima kasih kerana sudi melawat blog ini..


p/s:amat takut x dapat habiskan masa dengan budak senyum..
kerja bertambah.. lagipun. ada masa setahun je tuk habiskan dengan budak senyum.. T____T

SEGMEN 2011 KE 2012 : SEBELUM DAN SELEPAS

Assalamualaikum..
welcome to blog bersawang...
blog yang jarang berupdate dan dipenuhi dengan sawang...

insyaAllah, pagi tahun baru ni aku nak join segmen abang ben.


abang ben bertanya detik2 akhir 2011 apa yang aku buat dan bermulanya detik 2012 apa yang aku lakukan...

hurm.. sebelum jam berdenting menandakan masuknya tahun baru...
aku sedang menyiapkan entri aku yang terkini.. dalam masa yang sama aku menjengah blog blogger2 lain..
tanpa aku sedar, kepala aku jadi ting tong dek menyiapkan entri yang bertajuk
"he eh...blog dah jahanam?" dan juga contest
(**mungkin tajuk entri ada link dan mungkin tidak)
tuk contest ni, insyaAllah hadiahnya ialah buku2 keluaran telaga biru.
dan contest ni aku nak tekankan kepada rakan2 blogger semua,
ianya untuk kita semua...
janganlah pulak timbul bisikan dalam hati..
"heh?? puisi islam??"
"budak sek agama, bolehlah masuk"
"x pandai lah aku bab2 agama ni.."
saya rayu.. jnganlah ada desiran2 yang mungkin berhembus dihati kalian...
contest ini untuk kita semua...
x memerlukan anda bijak pandai dalam agama atau segalanya..
cukuplah bagi aku, anda seorang yang cintakan Allah dan kasihkan rasul..
seterusnya meluahkan rasa cinta dan kasih itu dalam bentuk puisi..

bermulanya detik 2012 pula.. 
aku masih meng edit entri2 yang aku sebutkan tadi..
mungkin ketika ini, link itu akan berwarna kuning dan anda dijemput singgah sebentar bersama kit kat.. eh.. gila ke aku?? haha

harapan saya pada rakan blogger untuk menyokong contest ini, TINGGI...
harapan bukan tekanan.. tetapi dorongn tuk sama2 maju kehadapan..
itu sahaja..
maaflah sekirnya entri kali ni kedengaran selfish atau annoying atau poyo atau whateverlahkorangnakakataapa..
tapi, bila seseorang blogger tu minat berblogging..
kita boleh tahu kan???

Assalamualaikum..


p/s: jika sudi, tekan sini..
syukranjazilan...jazakallah..=) 

Mak Bapak Nyer Jawa!! Tapi Aku ORang K.L!!!!

Assalamulalaikum...!!
welcome to blog bersawang..=)
blog yang jarang berupdate dan sentiasa dihurung habuk..
mai sini, mai sini, kita baca semua entri, sekali gus anda sekalian telah membersihkannya.. ^-^




owh, habis dah rupanya maharaja lawak mega?
sape menang? osbon???
ado..malam..!!
cayalah osbon!


ketika aku sibuk memikirkan dilema yang melanda diri...
ada baiknya masa tu, aku layan sebentar maharaja lawak mega..
bukan apa.. kadang kala dilema kerja buat aku tertekan...
ah.. pegi jauh lah perasaan tu..
makin dalam aku fikir, makin dekat aku dengan tanjung rambutan.


terhiburnya aku bila menonton osboon yang x berabis lawak tebal jawanya dan silau giginya... 
memang penat aku tahan senyum bila abon jadi orang mengadung + cekak cute atas kepala...
ha ah kan... cute la sangat! (tangan didada, mata pandang keatas)






dan tak lepas juga datin maimon yang bajet filem ombak rindu dan orang minyak duk pujuk datin buat lahanat. 
last2 harun salim bachik kene tembak dengan afdlin dengan pistol anti hantu...
(ok, awkward nye ayat...)
dengan berlatar belakangkan lagu ghostbuster...
menyanyilah datin maimon..
"sape u nak panggil??? DATIN MAIMOOOON!!"






hadiah yang osbon menang, 350 000....
ah... banyak nya duit tu..
kenapa terlmpau bnyak sangat?
rezeki abon dan mr os lah jua perginya..
aku sangat suka filem mr os dahulu...
dan kepekatan jawa abon memang serasi dengan lidah aku..
haha.. sengal.
apa pun, gelak-gelak pun ada batasannya..


Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: “Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia).”


sama2lah kita beringat, supaya menangisnya diri kita apabila mengingatkan dosa kita pada Allah... dan bangkitnya kita supaya sentiasa mendidik diri menambah iman dan taqwa kepada Allah..
insyaAllah, kita sama2 berusaha mengubah diri kearah yang lebih baik pada tahun 2012.. =)


oh, sebelum terlupa, teringat lawak osbon semasa abon melakon diri sebagai pengantin perempuan..
bila terkenangkan semula, abon tengok gaun pengantin tu pun dah rasa menyampah.
apatah lagi aku bila melihat abon melagakkan diri seperti pengantin perempuan..
berkepul-kepul lah bebuih muntah hijau kerana horror nya pemakaian abon waktu tu..


"mak bapaknye je yang jawa..! aku orang key el!!"


maaflah ye, jika entri kali ni tidak memuaskan anda semua.. =)
terima kasih kerana sudi membaca blog ni..
andalah pembaca setia saya..
haha


p/s : bila diberi tugas yang bertambah disekolah, takut x dapat habiskan masa bersama dengan budak senyum.. adeh...=(


jika sudi, tekanlah iklan diatas dan sini ye.. terima kasih..=)














Thursday, December 29, 2011

TenTang Dhia Dan Aku

Assalamualaikum..
welcome to blog bersawang...
blog yang jarang berupdate dan sentiasa bersawang..
meh lah datang ke blog, baca semua entri, sekali gus terus membersihkan blog aku yang berhabuk ni..


semua dah sedia maklum, cerita TENTANG DHIA  dah pun tamat semalam, 29/12/2011.
kisah yang penuh air mata ni memang suka mengusik jiwa2 wanita diluar sana..
apatah lagi bila melihat kekurang asaman mak mentua dhia yang tak habis2 nak menyusahkan hidup dhia.
mungkin ada penonton siapkan bantal busuk disebelah, kemudian menenyeh-nenyeh bantal busuk tu, dek membayangkan adegan dirinya mencili mulut mak mentua dhia.
ditambah lagi dengan ipar dhia yang bajet innocence, zettie, yang x habis2 ikut telunjuk mummy nye.. (eh, betul ke eja?)
bergeloralah hidup dhia bila rasa keterpaksaan yang menyiat-nyiat hatinya apabila mengizinkan her lovely zikir kawin dengan bunga rose x menjadi..
pffftt...=__=


paling terkesan dialog dalam tentang dhia...
"abang, dhia terlalu cintakan abang"
pergh... masa dia lafazkan ayat tu.. 
terasa macam aku pulak jadi zikir..
ha ah, perasan..!
**argh... pening2 lalat jap




dan juga saat2 dhia dijemput Khaliknya,


dhia: abang, dhia tahu siapa yang sayangkan dhia.
zikir : siapa?
dhia : Allah...
zikir : tapi abang lebih sayangkan dhia...
dhia : abang, jangan lebihkan sayang abang daripada Allah...
zikir : dhia.... (syahdu dah masa ni)
dhia : eeeerrkk...abang... eerrrk.. (nafas turun naik, turun naik)
**at the same time aku pun rasa camtu..
***arghh.. rasa nak termuntah plak
zikir : mengucap dhia, mengucap.. 
(zikir pimpin syahadah)
dhia : dia lafazkan syahadah, pastu K.O.


part last tentang dhia sebenarnya banyak mengajar diri aku, 
supaya lebih cintakan Allah..
ambil yang jernih ye.. yang kotor, bab2 peluk janda, peluk laki orang x yah dijadikan contoh...
drama2 melayu ni memang x lepas dari "ter"pegang, "ter"sentuh dan "ter"peluk.
semuanya haram belaka...
ya.. dah tahu haram, wat pe tengok.. kan???
maaflah,aku manusia biasa dan tak lepas dari godaan syaitan..
dan, setiap masanya aku berusaha tuk memperbaiki diri...


yang x bestnya waktu tayangan drama ni waktu maghrib...
sangat2 tak patot.. haih..
aku start fokus ngan drama ni baru 2 minggu ni je..
xde pun nak fokus dari mula..




bila tngok drama ni, mak aku siap kacau lagi..
heeee... sekejap2 tukar nada cinta.. skejap2 tukar astro ria...
arghh..!! x feeling aku menontonnya...
haha


p/s:mendambakan isteri keperibadian cintanya pada Allah dan Rasul.
kasihnya pada ibu dan ayah, sayangnya pada suami dan anak2..^_^




jika sudi, tekanlah sini..^-^

Wednesday, December 28, 2011

Sambal Taucu Itu Habis deNgan Pantasnya

Assalamulaikum..
welcome to blog bersawang... =)


dalam banyak2 masakan mak aku..
aku paling suka, sambal taucu...
punyalah sedap sambal taucu yang dimasak, sampaikan satu kuali pun aku mampu habiskan..
sedapnya sambal taucu tu dengan kombinasi masam, manis dan masin taucu tu..
hemmmmmpppphhh...!! sedap.!


korang semua pasti ada masakan mak yang paling buat korang gila kan???
maksud aku, gila makan..!
haha. 
bayangkan, kalau biasa aku makan satu pinggan dengan sesenduk nasi..
tapi harini...
2 pinggan dengan 6 senduk nasi..
wah...!! my mom's sambal taucu drives me crazy...!!
haha...


aku nasihatkan.. 
belajarlah cara memasak masakan mak anda yang sedap tu..
supaya satu masa nanti.. bila mak dah takde..
masakan yang kita belajar tu lah buat kita ingat semula...
kan??? =)






ha... yang ni bukan mak aku yang masak..
yang mak aku masak semua dah lesap dan sedang dihadam dalam perut aku..
hehehehehehehehehe



p/s: teringin nak makan masakan mak budak senyum... ^__^


jika sudi, click lah sini... ^-^
terima kasih..

tak feel langsung...=_=

Assalamualaikum....
welcome to blog bersawang...
=)


rasa geram tak bila satu2 filem yang ditayang kat tv, ada scene yang dipotong??
bukan sebab scene yang dipotong tu berunsur lucah atau ganas..
tapi disebabkan nak mempercepatkan tayangan filem tersebut..
tambah2 lagi bila iklan nya pulak tersiar punyalah banyak..
macam lah aku lalu sangat nak tngok iklan yang berlambak tu,
padahal rasa cam nak muntah hijau bila iklan silih berganti + bilalah nak mula siarannya.


sampaikan, aku pun sekarang tak lalu nak tngok siaran tu..=__=
hilang mood sebab asyik menghadap iklan juga cara siaran yang terpotong2..
tahu2 dah secene begini.. tapi, sejak bila pulak scene tu jadi begini..
dan.. kenapa x begitu??
dah tu.. siap nak buat part 1 ngn part 2..
eh..ingat harry potter ke nak wat camtu??? ppffftt...=__=
ah.. kalut2x...


tapi x pe.. download je dari internet...
senang.. tapi.. "feel" bila tngok movie kat tv dengan skrin pc berbeza..
ye ke?




ha..  tahu kan channel mana yang siarkan filem ni..
betul2 buat aku hilang mood tngok filem ni..
ok.. i'm done..!





SEGMEN RINGKAS : BLOG PILIHAN 2011 BERSAMA PAK CEK BIOLA

Assalamualaikum...
welcome to blog bersawang..^_^
blog yang jarang berupdate dan sentiasa bersawang..
jemput datang ke blog ini tuk sama2 kita bersihkan habuk2 yang ada dengan membaca entri kali ni.. ok? =)


harini aku nak menyertai satu segmen ringkas daripada Pak Cek Biola.




ok.. blog yang aku nak kongsikan ialah blog Hakimy Zamri..




pak cek biola tanya kenapa aku suka blog kimy..
1st 
aku suka penulisan dia.. 


2nd
orangnya?? aku baru jah kawan x sampai sebulan pun.. haha
baru nak mula berkawan..
TAPI..
oleh kerana penulisan dia yang agak gila2.. 
kadang2, aku yang sedih, bila baca, boleh jadi gembira.. =)
apa yang penting mesej yang kimy sampaikan dapat diterima baik oleh aku.


pak cek biola tanya harapan aku untuk blog kimy...


aku harap, kimy akan terus berblogging.. 
selagi ada idea...
buatlah entri yang mampu memberi insan lain inspirasi.. 
jika entri2 dia buat aku gembira..
bayangkan pembaca yang lain...
mesti ada yang segembira aku diluar sana..
jika meletakkan harapan, bukan bererti tekanan...
tapi sokongan, supaya natijahnya lebih baik..
insyaAllah...


itu sahaja...
terima kasih sebab sudi berkunjung ke blog bersawang ni...




p/s : kadang kala, melihat senyuman budak senyum, buat aku jadi bahagia...
love the way u smile, budak senyum.. ^__^

Ah.... BuAt Apa Nak Malu..!!!

Assalamualaikum...
welcome to blog bersawang..
blog yang jarang berupdate dan sentiasa berhabuk...
meh lah datang blog aku tuk membersihkan habuk2 ni dengan membaca entri kali ni.. =)


pagi tadi, selepas selesai urusan bank..
aku menyusur lalu di kompleks pentadbiran kerajaan daerah Sepang...


Subhanallah.. what a view...
aku suka melihat suasana hijaunya..
terasa tenang...
aku, Alhamdulillah, seorang yang suka kan kehijauan..
kadang2 leka jika duduk berseorangan dibawah pohon yang rendang..
yang penting, tiada monyet bergentayangan..
aku lagi suka siulan unggas daripada jeritan monyet yang meng annoying kan


masa nak balik kerumah..
aku lalu jalan yang mendamaikan tu..
berhenti sekejap, kemudian, amik gambar tuk bahan blog aku..
aku jarang buat benda camni..
kadang2 ada juga orang lalu..
ah.. x kisahla... bukan aku kencing tepi jalan pun..!
amik gambar permandangan je.. hehe


nak jadi blogger, kene ada idea..
idea yang baik mampu mengubah persepsi seseorang..
jika ada gambar yang perlu dijadikan bahan entri, jangan malu2 dan jangan segan2 tuk snap...
kena berani dan hadapi perasaan malu..!
jangan pulak gambar orang duk dalam tandas kau pergi snap..
gila ke? =__=
hahaha




masa nak snap gambar ni, boleh lah pulak ada lori sampah lalu depan aku...
faham2 je lah kan macam mana bau sampah...
adui..hilang feeling aku.. kalau wangi x pe gak...
x sempat oksigen nak terlepas dari pokok, aku dah pengsan dulu..
memang salah timing betullah lori sampah ni..=__=


nilah antara gambar yang aku sempat snap...
   


aku terfikir sejenak... 
sempat lagi kah aku ingin menikmati semua kehijauan ni semula?
jika saat ni, Allah menjemput aku...
adakah aku sudah bersedia? 


Dari jabir (bin Abdullah ) r.a katanya dia mendengar rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.

                                                                                hadis riwayat Muslim


sama2 kita renungkan..
moga entri kali ni berguna buat anda semua..
mohon maaf dan silap sekiranya ada tersalah penyampaian..
kalau ada.. kalau xde.. xde lah... haha
yang baik datang dari Allah, dan yang lemah tu, datangnya dari diri aku, juga atas izinNya juga ianya berlaku..


terima kasih  sebab sudi baca entri aku ye...
aku hargai sangat2..!!




p/s: teringat kehijauan tasik dayang bunting... indahnya saat tu... ^_^

Tuesday, December 27, 2011

SEGMEN : UP TRAFFIK AKHIR TAHUN

Assalamualaikum, welcome to blog bersawang... =)
hari ni nak join satu segmen dari blogger yang lain.
boleh click pada nama Nabila Medan sekiranya nak join... =)


dengan ini, aku nak tagkan kepada
Hakimy Zamri 
dan
Lady Milo

SaYa MendOaKan... ^__^

Assalamualaikum...
welcome to blog bersawang...
blog yang jarang berupdate dan sentiasa behabuk..
fuuuhh...(tiup habuk)
bagi yang x keberatan, sila2 lah bersihkan blog ni dengan membaca entri kali ni ye..


entri kali ni, x panjang, cuma teringin tuk memberitahu sesuatu yang penting berlaku dalam hidup aku..


sebagai pendidik, seringkali aku ingatkan kepada anak didik aku..
dimana sahaja mereka berpijak nanti, sedarlah bahawa dunia persinggahan semata..
dimana mereka berada nanti, biarpun berjaya mececah bulan dan bintang, 
ingatlah, yang lebih tinggi daripada mereka berada adalah Allah S.W.T.
setiap kali ada extra masa didalam kelas, aku suka mengingatkan mereka.
pada masa hadapan nanti, siapa juga mereka akan jadi...
ingatlah, aku suka, gembira, terharu dan bangga apabila anak didik aku,
seorang engineer yang hafiz Al Quran, seorang doktor yang dirinya berkhidmat kepada insan dalam masa yang sama khidmatnya juga kerana Allah..
biarpun cuma kerja2 biasa, namun ibadahnya disisi Allah Taala lebih bernilai..


anak didik aku hidup remajanya nanti penuh dengan rintangan..
hakikatnya aku takut melihat kemungkinan yang bakal berlaku...
al maklumlah... dunia akhir zaman, semuanya ibarat telur dihujung tanduk.
jika tiada iman dan taqwa terumbang ambing lah hidup dibaham dunia..
jika adanya kesedaran, beramallah dengan ilmu yang dipelajari..
ikhlaskanlah hati ketika menuntut ilmu, kelak nanti ganjaran syurga yang Allah beri..




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.
                                                                             hadis riwayat Abu Daud




Aku, sentiasa risau akan apa yang bakal terjadi kepada mereka..
aku mendoakan agar, jalan yang terbaik Allah S.W.T berikan buat diri mereka...
InsyaAllah...




malam semalam, ada ex student yang bertegur sapa dengan aku..
dalam hati, "Alhamdulillah, ingat lagi pada gurunya"
sape mereka??
ha..
ladies and gentleman, presenting......




 






malam tu, mereka berdualah yang buat aku tersenyum mengingatkan waktu aku mengajar mereka...
kami saling berbalas komen di wall facebook aku.
bukan aku pilih kasih kerana meletakkan gambar mereka dalam entri kali ni..
tetapi sebanyak 67 komen yang saling berbalas menggerakkan aku tuk meletakkan gambar mereka berdua...
oppss...bukan nak menjodohkan ye... haha
tapi, gara2 banyak songeh dan loyar buruk mereka yang x berabis tu,terimbau semula saat2 aku memulakan karier sebagai pendidik...


dengan izin Allah, apabila mengajar mereka, aku semakin berpengalaman..
teringat lagi kali pertama mengajar Asyraf...
boleh dikatakan, selepas aku masuk kelas Asyraf aku akan jadi....=____="
mengajar dia merupakan satu cabaran.
bukan dia sahaja, ada lagi rakan2nya yang buat aku geleng kepala...
biasalah, budak.. =__=
aku tahu batas kenakalan mereka, TAPI, jangan BIADAP sudahlah..
remuk nanti hati aku...(ah...sensatifnya aku..tapi BENAR)
entri kali ni bukan nak ceramah, perli atau mebebel..
tapi, disebabkan sayangnya ustaz pada Allah, maka sayang itu luruh pada kamu..
semoga kamu berdua berusaha mengejar Jannah..
dunia cuma sementara... kamu masih muda...
darah muda, biasalah... enjoy semata..
tapi, yang aku harapkan...landasan agama tidak dilupakan...
bittaufiq wannajah..
ustaz sentiasa mendoakan...
^__^


tu sahaja entri kali..
aku terpaksa fikir 10 kali tuk pilih gambar dan wujudkan entri ni..
takut2 ada yang x suka..
tapi...A.D.A.A.K.U.K.E.S.A.H.??
Afiqah, Asyraf entri kali ni tuk kalian berdua...
ada capital A... wah... so sweet...haha..
terkena lagi korang... kah3x..!!!
gmbar tu ustaz edit khas... hehe


p/s: Always meant the word to budak senyum...
selalu dan selamanya menyayangi dan mendoakan budak senyum..^__^





contest : my blog,simple but cun

Assalamualaikum...
welcomet to blog bersawang...
baru setengah hari, dah bersawang blog ni..
meh sini tolong datang bersihkan sawang2 kat blog ni.. ok?
terima kasih..
hari ni aku teringin menyertai contest ni ye...
aku dapat tahu dari sahabat blogger aku, Hakimy Zamri.


-Terbuka kepada warga Malaysia.\lelaki dan perempuan/
-Wajib follow blog Najla dan Dina \utk mengetahui perkembangan selanjutnya/
-Wajib like fanpage Najla \akan update pasal contest disana/
-Jika kurang daripada 20 penyertaan, maka contest ini akan dibatalkan secara automatik
-Link www.sayaawesome.blogspot.com/ tidak akan diterima dan di shoutbox juga.
-Pos kan link anda di comment box Najla \jika anda dari blog Najla/ Comment box Dina\jikan anda dari blog Dina/
-Tag 2 atau lebih rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu


ok, aku nak tag nama2 ni...


terima kasih ye sebab sudi singgah... =) Assalamualaikum... ^_^ 

Monday, December 26, 2011

BaBy CuTe ConTesT

Assalamualaikum..
welcome to blog bersawang..
moga petang ni anda ceria dan tenang hendaknya...


harini aku join satu contest..
apa contestnya???
ni dia..




ha.. ni dia contestnya...BABY CUTE CONTEST




nama owner blog : Muhammad Ridzuan Bin N.Sujari
nama baby : Fahmi Fadzullah Bin Mohd Fadzil
tarikh lahir : 21 November 2010


fahmi ni anak kepada sepupu aku.. =3
dan, aku nak tagkan entri kepada 4 orang



ok, seterusnya aku nak memberitahu hadiah2 yang mungkin diperolehi oleh bakal2 pemenang.. =3



Hadiah yang bakal dimenangi :
Pemenang Tempat Pertama (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI T-SHIRT HATE HERO.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL. 




Pemenang Tempat Kedua (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI TSHIRT BAND untuk peserta lelaki.

 jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima DUA HELAI SHAWL untuk peserta perempuan.



*pemenang hanya seorang*
*kalau perempuan dapat hadiah untuk perempuan..dan sebaliknya...harap maklum*



Pemenang tempat pertama (baby) :

Akan menerima 2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT


Pemenang Tempat Kedua (baby) :

Akan menerima SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA




Tarikh tutup :: 8.Februari.2012




ok, tu sahaja, Assalamualaikum.. =P


p/s: nak menang2x... !!! haha

saya tidak disukai

Assalamualaikum...
welcome to blog bersawang...
blog yang jarang berupdate dan sentiasa bersawang..
meh sini ah datang kek blog den, roramai baco biar idak borsawang..
=,=
sub: "mari sini datang blog aku, baca ramai2 supaya x bersawang"


pernah x rasa tidak disukai? dibenci?
pernah?
sakit tak rasa dihati?
lebih2 lagi bila yang membenci kita seorang yang kita hormati...........
.................................................................................................
.................................................................................................
x tau nak kata apa.. =,=
aku jadi bingung + heran, bila orang yang aku hormati wat muka depan aku...
seriously, aku amat terganggu..
bukan tu je,bila bercakap jeh macam mengeluh..
lagi aku terganggu..
jadi.. apa aku wat..??
hurm..
aku jadi orang yang bersangka baik lah...=)
ingat, bila kita berhadapan dengan sesuatu perkara dan kita x tahu asbabnya, maka baiklah kita bersangka baik...
bila kita bersangka buruk, secara tak langsung kita akan terganggu dan tanpa sedar kita memfitnah beliau dalam hati..
jadi, bila kita bersangka baik..
insyaAllah,tanggapan kita pada seseorang akan berubah..


aku amat2 terganggu dan rasa sentap bila jadinya benda2 camni kat aku..
tapi tu lah.. tiap kali berlakunya perkara camni aku cuma bersangka baik, husnuzzon, supaya aku leh redakan  kegusaran hati ni..








tu je rasanya...
yang baik datang dari Allah, dan yang tidak datang dari kelemahan diri ini jugalah atas izinNya...


Assalamualaikum...


p/s: kadang2, budak senyum pun suka buat aku tersentuh hati.. cet...=_=""