Tuesday, November 20, 2012

Aku x Menangis..! (UPSR)

Assalamualaikum...=)
welcome to blog bersawang..!
blog yang jarang berupdate dan sentiasa bersawang...=)

apa ada dengan 19 november 2012?
yes, result UPSR 2012 keluar...
apa yang istimewa nye..?
my prince and princess amik result UPSR hari tu..

know what? syukur Alhamdulillah...
mereka berjaya..! ada yang 5A dan ada yang 4A.

yang indahnya bagi aku, melihat senyuman ayahanda dan bonda mereka...
aku? tumpang gembira dan mendoakann kejayaan mereka berterusan...

فَاذْكُرُوْنِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلاَ تَكْفُرُوْنِ


“Maka ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku akan mengingat kalian dan bersyukurlah kalian kepada-Ku dan jangan kalian kufur.”


ya, bersyukurlah kepada Allah diatas apa jua keputusan exam yang kita perolehi.
x salah untuk kita buat money order dan semak kertas soalan di jabatan pelajaran.
ianya juga salah satu usaha kita.
tetapi, nak melihat kepada perkara yang sebenar.
bagaimana kita bersyukur?

dear, my prince and princesses...
cara kita bersyukur dilihat selepas kita memperoleh result UPSR.
kita gagal mencapai target?
adakah kita berusaha dengan gigih pada masa akan datang? 
atau kita berusaha sambil lewa?

kita berjaya mencapai target?
kena lebih berusaha untuk mengekalkan dan mencapai tahap yang lebih tinggi lagi..

bak kata, Guru Besar Skkklia Cikgu Latif (kalau x silap)
dan juga kata Cikgu Zainab.
"perjalanan kamu masih jauh..! Usaha lagi.!!"

yes..! betul kata cikgu.
cuma, princes dan princesses ustaz ni kena pilih jalan yang betul.
ha..dan kita kena pilih kenderaan yang kita nak untuk melalui jalan-jalan kita tempuh.
adakah kita nak berjalan sahaja? 
dengan usaha yang sambil lewa?
atau.......
kita nak naik lamborgini, ferrari..whatsoever lah jenama kereta yang lain..
dengan usaha yang jitu dan bersungguh-sungguh untuk sampai ke destinasi.

TAPI.
kene SEIRING..!!
IBADAH & SAHSIAH kita.
menjaga hubungan kita dengan ALLAH, IBU BAPA, GURU-GURU, dan SAHABAT.
tunaikan perintahNYA. solat LIMA waktu dijaga.
menyayangi IBU BAPA & MENDOAKAN mereka....
HORMAT guru-guru, mereka yang sampaikan ilmu pada kita...
sayang mereka betul2 dan doakan mereka..
CARILAH dan JADILAH sahabat yang membawa kita kepada keredhaan ALLAH..

ok. sedutan hari itu, 19 NOVEMBER 2012

 meh princesses.
teringat saat2 dipanggil nama mereka..=)

 bergambar dengan ustazah Sarida..
tahniah uoollss.**ceh, gedik..>__<

 my beloved brother, walaupun x capai target, x mengapa..ada kejayaan yang lebih besar bakal menanti..

 my prince. 5A!! sangat bangga dengan kamu. ikhwan..
mumtaz..!

 wajah-wajah menanti keputusan.
their face brightness with the upcoming result.


ok, yang bawah ni xde gmbar masa 19 nov tu, tapi nak share siapa yang tiada gmbar...
 my beloved student, aniq. 5A.. tahniah..
ustaz sangat bangga dengan aniq.. 
tahniah sekali lagi.


fakhri..one of the princes..i do proud of you.

them...


last but not least...him.

ok. thats for all today..
suka? Alhamdulillah..
x suka? please BLAH..
terima kasih singgah..
Assalamualaikum..

p/s: x tahu lah mesej dorongan yang aku send kat Adib sampai atau tidak..hurm..
wondering...>__<''

Friday, November 16, 2012

DOAKAN MEREKA..!

Assalamualaikum...=)
welcome to blog bersawang..
blog yang jarang aktif dan selalu lambat update...

GAZA.

yang berlaku ketika ini adalah perang..
saban hari bedilan peluru menjadi seri mati buat saudara2 kita disana..
keceriaan mereka diragut oleh hujan bom yang merata buta sasarannya..
saudara kita...
subuh mereka bermandi darah...
zuhur mereka menanti kebutaan rejim zionis...
asar mereka bersenjata dengan menuju tuhan..
maghrib mereka saling membedil dengan doa kegentaran musuh..
isya' mereka diselimuti badai debu yang penuh kekejaman yahudi...

MALAYSIA.

yang berlaku ketika ini berbeza dengan disana..
saban hari masih ada berjuang demi agama, alpa dengan kwajiban juga dikira...
kecerian disini adakala bermandi dosa..
bagi yang mensyukuri nikmatNya? sepenuh jiwa raga menyerahkan amalannya pada yang Esa...
disini..
subuh kadangkala berselimut indah diulit mimpi..
bagi yang kuat hatinya, terus menerus gagah berjemaah...
disni...
zuhur nya sibuk dengan kesibukan dunia, kerja berlambakan bagai hujan bom digaza
bagi yang meruangkan masanya, masih mampu bertasbih pada yang Kuasa..
disini
asarnya dilanjut hingga terbenam sang suria memancar, lupa dan buta kewajipan bagai mata sang peluru menembusi hati2 Gaza.
namun bagi hamba yang sentiasa redha, mereka beransur dalam ketenangan senja bersedia menempuh waktu seterusnya...
disini..
maghrib nya leka dengan hiburan bersiri, ibarat siri bedilan bom yang bergantian bunyinya...
kepada yang menjadi hamba, akur dan patuh dinihari kepada sang Pencipta dek bergantinya warna alam...
disini...
isya'nya diselang bunyian kelab2 malam yang  bermandi cecair luka hati, memberi parah pada peribadi..
tanpa memikirkan saudara disana disimbah darah sang pejuang yang mencari mardhatillah...

mana pergi kesedaran?
mana pergi bantuan?
mana pergi kesatuan hati?

bersama kita mendoakan..
bersama kita merasakan...
bersama kita berjuang..

GENTARKAN HATI2 MUSUHMU YA ALLAH..!!!!!!!!!!!!!!!!!!





اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ 


عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً

 لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ 

اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ



Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka






Wednesday, November 14, 2012

Alhamdulillah, kembali berblogging.

Assalamualaikum....

salam tahun baru ye...
selamat datang ke blog bersawang..
blog yang sangat-sangat jarang berupdate dan sentiasa bersawang...

1434 hijriah...

tahun baru dalam islam...azam baru bagi sesiapa yang sentiasa menyedari tarikhnya..
sedar..? ya, kesedaran itulah yang sentiasa mendorong kita meperbaharui azam. sentiasa inginkan yang terbaik saban tahun. Bagi aku? Aku nak sentiasa berblogging. Mendidik semula diri supaya minat akan berblogging? 

hangat-hangat tahi ayam? InsyaAllah, TIDAK! 
sekarang aku masih berblogging. Cuma jarang-jarang post benda baru. 
berblogging masih menjadi hobi. insyaAllah. 
kiraannya mudah, cambahkan kembali minat itu dengan sentiasa melakukannya.
contoh : hobi bermain bola sepak. bermulanya ia dengan sentias kita bermain, betul x?
so, dalam episod hijrah kali ini, aku nak semai kembali apa yang telah lama aku tinggalkan.

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا
"Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".    Ali Imran, 3:103.


pengisian kali ni. mudah sahaja, seperti dalil yang tertera diatas.
berpeganglah kita dengan kasih sayang Allah.
Janji Allah itu benar.
Allah sahajalah yang mampu menunaikan janjiNya dengan sangat tepat.
kita berada dijalaNya dan sentiasa melakukan suruhanNya, kita akan selamat.
jika tidak?
perkara sebaliknya akan berlaku.
bayangkan anda berada diatas jalan. kita masukkan perjalanan itu menuju ke sekolah.
kita ikut jalan yang betul, dengan belok, selekoh dan simpangnya,maka kita sampai ke sekolah.
jika kita ikut jalan yang tidak elok?
jalan yang bersemak, singgah kedai, lepak kat cybercafe, so..apa yang kita dapat?
perkara yang lagha (sia-sia) yang akan kita dapat, kemungkinan besar, dapat jugalah saham dosa.

jom sama2 beringat ditahun baru ni, kita ikut Al-Quran dan Sunnah, maka kita bahagia..
jika tidak mengikutinya, maka Allah akan palingkan wajahNya dari kita.
sayang sangat jika itu berlaku kepada diri kita.

sampi situ sahaja, suka? Alhamdulillah..
x suka entri kali ni? pi lantak hang.
yang kuat dan lemah itu aku jadikan iktibar.
ok? Assalamualaikum.