assalamualaikum...
welcome to blog bersawang..
blog yang jarang berupdate dan sentiasa berhabuk.. haha
semoga sihat semuanya...
hari ni hati dan diri ingin bermonolog sendiri..
nak meluahkan rasa hati yang telah terbuku...
melepaskan, rasa lelah yang mengikat hati..
hari ahad lalu, 18/12/2011
bersiap awal pagi, tergerak hati tuk keluar awal pagi..
dalam masa yang sama berjanji dengan rakan tuk tumpang bersama.
tapi..
dek kerana sengal aku melanda, hp yang tersilent tak aku normalkan balik..
sekali aku tengok, dah 7 panggilan aku terlepas dan 3 mesej yang aku tak belek..
adui... terlmbat sudah.. ha... lekanya aku dengan buku..
harini aku perlu mengadap kertas exam psikologi kanak2.. 2jam setngah aku kene bersengkang mata, memerah kepala otak tuk mencari jawapan...
dah tertinggal punya pasal, aku pun bersiap dengan macho nya dngn rmbut aku sikat kedepan dah cam shinee.. pastu pecut motor ke seremban...
smpai disana jam 9 pagi, exam yang kusangkakan bermula jam 2.30 petang
rupanya bermula 12 tgh hari.. adui.. camne leh silap tngok jadual ni..?
nasib baik pergi awal.. haha
aku gagahi tuk mengulang kaji dan menduduki exam yang bagi aku soalan yang mudah tapi jawapan yang susah..
memaksa aku mengunakan kesemua bahagian otak aku dengan giat dan jitunya...
berpeluh2 tangan aku menulis jawapan biarpun air cond dengan siotnya mendinginkan udara disitu...
akhirnya...
selesai sudah exam dan aku bergegas solat zuhor dan angkat kaki dengan segera...
ada urusan lain perlu aku setelkan...
memikirkan aku belum sarapan dari pagi smpai petang... huhu...
aku pun ligat memikirkan mana lah tempat aku nak membaham ni..
bolehlah aku qada'kan sarapan aku dengan makan tengahari.. wahahahaha...
memang nafsu makan aku sangat dasat saat itu...
sebelum melantak, aku perlu mengambil baju yang ditempah tuk aku pakai masa pendaftaran 2 januari nanti...
san dino.. dah menjadi tukang jahit aku sejak 0g0s 2010 lagi..
apa sahaja baju yang aku tempah bila aku kenakan dengan badan aku,
ye memang...aku akan kelihatan kurus...
say what?? perasan???
ada aku kesah.. keyakinan terhadap keterampilan diri sangat penting supaya aku lebih mudah tuk menghadap klien (student) yang memerlukan khidmat aku (ilmu)..
so, yang kenal aku, ehem2x... aku tahu aku gempal...dah.. cukup tu..XD
baiklah selesai aku membayar baki duit upah menempah dengan tokey cina tu..
sambil2 dia ngusik aku dengan lawak annoying dia dan aku pura2 gelak macam aku ni terhibur dengan telatah dia yang buat aku jadi sengal seketika, aku pun menurun laju melalui excelator yang tak bergerak.. terus aku berjalan pergi ke mcd.. dengan modal rm10, aku pun beli big mac dan melantak keseorangan..
dalam diam, aku naik boring sebab makan sorang2..
sadis betul makan sorang2 ni.. heeee...
dah siap melantak.. aku ternmpak...COOL BLOG..
apa lagi aku pun bedal smoothie green apple satu...
wah...... nikmatnya ya Allah... lama dah mengidam COOL BLOG ni..
9 bulan 10 hari lamanya aku menahan nafsu nak membedal COOL BLOG...
akhirnya...penantian terbalas jua...
tuk menguruskan badan aku... sebab dah terlebih muatan yang membuatkan aku senak benak dan melembabkan fikiran dan pergrakan aku selambat siput tuuuuuttt.....aku pun ambil inisiatif tuk berjalan kaki semula ke motor yang aku parking di seremban parade...
seterusnya aku pun merempit ke hospital tuk berjumpa sepupu yang aku kasihi...
ye.. musibah menimpa pada setiap insan didunia dan Allah menimpakan musibah tersebut kepada hambaNya yang mampu menghadapinya..
bermaksud.. apa juga dugaan yang kita tempuh, kita pasti dapat menempuhinya...
"LA TAHZAN, INNALLAHMA'ASSOBIRIN"
jgn bersdih, Allah pasti bersama orang yang sabar.
tulah hakikat kehidupan, nak mendapatkan yang senang, perlu hadapi yang susah...
barah hati level 4...
parah??? terlambat???
kadangkala aku berat nak menitiskan airmata... takut dalam diam segala jadi perit untuk dirinya.
masa hadapan, anak-anaknya yang masih kecil..
aku memerhati masa silam dan akan datang...
semuanya masih samar..
apa yang perlu dibuat selepas ini...??
anak2 bagaimana??
ada antaranya mampu berdikari.. namun yang lebih kecil usianya??
bagaimana pula?
mana mahu menambat kasih sayangnya???
mana mahu menagih cinta bondanya..
ya... aku kejam memikirkannya...
namun kemungkinan perlu difikirkan...
dan diluar kuasa manusia segala yang difikirkan akan berlaku..
hanya Allah dalam perancangannnya sahaja yang mampu menjadikan apa yang diinginiNya menjadi nyata...
bagiku...diri ini kejam menyatakan perkara yang tidak aku ingini..
aku perlu fikirkan masa sekarang...
semampunya boleh aku bantu...
dari segala sudut yang mungkin boleh meringankan beban...
insyaAllah...
segalanya selamat... insyaAllah...
Allah bersama orang2 yang sentiasa sabar..
kita sama2 cari ikhtiar.. cari penawar...
moga segala berakhir indah,biarpun mulanya penuh derita...
aku...
sentiasa inginkan yan terbaik buat dirinya...
aku tahu deritanya.. biarpun x dizahirkan pada bibirnya...
namun riak wajah dan lirik matanya meceritakan kisah duka dan kecewanya..
keinginannya dan kemahuannya...
namun segalanya pasti ada sinar...
aku yakin.. setiap manusia pasti akan mendapat kebahagiaan jika sentiasa berusaha...
moga harinya yang mendatang penuh dengan kesihatan untuk beribadah kepadaNya..
aku berdoa agar derita yang dihadapi moga diringankkan olehNya..
moga ada kesempatan masa buatnya...amin
ada masalah..
Allah kan ada..
mengadu padaNya...minta padaNya..
rayu padaNya..
dengan kebesaran dan kekuasaanNya,segalanya akan menjadi pasti..
tu sahaja entri kali ni..
maaflah kalau ade yng tak faham..
dan maaflah sekiranya ada yang terasa dan terguris hati..
aku cuma nak menulis dalam cara yang berbeza... ya.. mungkin berbeza bagi aku.. tapi ntahlah.. bgi yang membaca.. tak tahulah..
ok, jumpa lagi...=)
p/s:baru dapat jumpa budak senyum harini setelah budak senyum 5 hari bercuti bersama keluarganya... rasa seronok dan gembira rindu akhirnya terbalas..Alhamdulillah... sayang budak senyum... ^___^
2 comments:
kirim salam kat budak senyum!=)
terima kasih.. insyaAllah.. =)
Post a Comment