Monday, December 19, 2011

monolog : DIA

assalamualaikum...
welcome to blog bersawang..
blog yang jarang berupdate dan sentiasa berhabuk..
haha..
pe khabar yang baru bangun pagi ni??? 


mereka anak derhaka?
mengapa??
segala kerja rumah dan suruhan yang diberi, kadangkala lewat dilakukan..
dan kadang kala tidak diikut langsung...
dia, dia, dan dia menjadi anak derhaka..
saban hari membuat titisan air mata mengalir...
tiap saat menyentuh hati yang bernama ibu..
derhakalah dia, dia,dan dia....
nerakalah tempat dia, dia, dia....
hati yang tersentuh rasa terseksa...
hati yang disakiti oleh dia, dia dan dia, membuatkan derita pada yang mereka sayangi..
derhakalah dia, dia, dan dia...


dia,dia dan dia merasa sesuatu...
tidak..
hanya seorang merasa sesuatu..
tidak mampu rasanya menanggung tekanan..
dia sentiasa mahu jadi anak yang terbaik..
namun.. 
bagi dirinya, cara menegur yang salah, menjerit, tanpa sedar ada jiran yang memasang telinga, buat dirinya lebih tertekan..
mahu rasanya dia keluar dari rumah buat selamanya...
malu rasanya dimarahi depan jiran..
biarlah dia mati asalkan tidak terdengar suara jeritan marah...
biarpun dia memahami yang memarahi itu insan yang disayangi,
bekerja sentiasa membantu keluarga..
namunjiwa remaja betah memberontak tanda tidak setuju dengan cara marahnya..
terasa semacam racun bila dimarahi..
kadangkala dia merasakan tidak perlulah ada anak sepertinya..
baik mati daripada menyusahkan orang tua..
bukan dirinya tidak sentiasa menyenangkan..
tapi entah kenapa, bila dileteri dan dimarahi dengan nada yng begitu tinggi...
terasa gelapnya dunia..
menjadi pasif hidup dia.. 
menjadi hilang keyakinan untuk mengadap dunia...
biarlah dia jadi anak tidak berguna..
namun dalam diam sentiasa mendoakan kebahagiaan insan yang disayanginya...


apa yang dia harap, moga cara marah yang berbeza, bukan dimarahi sebegitu rupa..
takut hati dia menjadi gelap kerana terlampau banyak racun yang disuntik..
takut dunia luar menjadi musuhnya kerana hilang keyakinan diri..
takut dirinya jadi anak derhaka kerana sentiasa menyakiti insan yang disayanginya...
moga dia, dirinya tenang..
moga dia, sentiasa mahu berubah kepada lebih baik..
moga dia, dibantu Allah...




itu sahaja untuk hari ini.. 
monolog cuma mengenangkan keluarga lain..
tidak kene mengena dengan diri.. hehehe
sentiasa ingin menjadikan diri lebih baik dalam dunia blog seperti 
abang ben ashaari
hehehe.. penulisan beliau sentiasa mendorong kuat tuk aku terus berblog..
al maklum, tuan punya blog "welcome to blog bersawang" ni jenis ikut mood bila post entri.. wahahaha...
ok.. done.. salam..^__^




p/s: budak senyuam, xde cenderahati tuk aku??? hehe

2 comments:

Hakimy Zamri said...

terbaik lah bro :) best jugak baca entri ni..^^ wah! nama abang ben pon ada..hehe

ridzuan sujari said...

wah.. akhirnya, sudi jugak datng bertandang.. terima kasih + syukran jazilan.. =)