Assalamualaikum..!
welcome to blog bersawang..!!
blog yang jarang berupdate dan... sentiasa berhabuk..
mari lah membersihkan blog ni dengan membaca dan mengklik iklan diatas..
terima kasih.. =)
menunggu idea datang memang menyiksakan..
menunggu datangnya ilham lagi memeningkan...
mau jugak aku tunggang terbalik cari bahan tuk menulis..
argh... kalau xde idea, boleh jahanam jugak blog aku ni.. tsk..=__=
2012 ibarat bencana bagi aku..
mungkin aku tidak galak menghadapi tahun 2012...
namun memikirkan dugaan yang bakal aku hadapi..
terkadang aku mahu mengalah..
ah.. tugas baru sepertinya memenatkan aku..
ah..kesibukan aku mungkin mengundang bara dalam hati aku...
argh...!! persetankan semua itu..!!
ada hikmahnya amanah itu berbondong datang...
menjadi penolong bukannya senang..
kadang kerjanya sebelum majlis bermula..
peduli sahaja semua itu..
memang norma kerja begitu..
jika tidak bukan namanya amanah...
jadi... apa mahuku 2012, perlu aku lakukan sebaik mungkin..
mahu mengumpul kekuatan perlu gigih mencarinya...
sedangkan ultraman dan power rangers pun perlu bersilat tuk mendapatkan powernya..
bukan macam teletubbies.. bersenang lenang dibwah mentari baby yang tersengih manjang...
tahun 2012 aku sebagai...
HAMBA ALLAH
KETUA KELUARGA
PELAJAR
GURU (including minor jobs,guru kelas and guru penolong kanan)
SAHABAT
BLOGGER
semua ni perlu aku tumpukan...
sebagai hambaNya saban detik aku perlu berusaha menjadi yang lebih baik..
sebagai ketua keluarga, aku mahu berbakti selagi ada waktu aku bersama mak aku dan aku ingin menjadikan adik2 aku berjaya dalam pelajaran mereka.
x kurang juga adik2 angkat aku.. argh.. berapa ramai agaknya yang aku masih lagi berhubung?
setakat ni baru dua,yang ada tiga... biarlah..ada ukhwah.. adalah jodohnya.
sebgai pelajar, aku kena berusaha secara bijak apabila belajar di OUM..
dan, sebagai guru..
target aku..mengongsi ilmu dengan pelajar2 aku dan dalam masa yang sama, aku nak target tuk pelajar cemerlang b.arab UPKK 2012...
dan juga tak lupa, jawatan guru penolong kanan yang akan mencabar kepimpinan aku..
huh.. terasa bahangnya.!
seterusnya aku nak menjadi sahabt yang sentiasa ada susah dan senang sahabt2 aku..insyaAllah..
dan akhir sekali..
aku nak teruskan minat aku sebagai blogger, dan bermula tahun 2012, blog aku sepenuhnya berkenaan minat aku sebagai pendidik dan tak kurang juga keletah anak murid aku yang tek berabis buat aku menyinga dikelas...
semoga blog ni sentiasa mencurahkan dan mengepostkan entri2 yang seronok dibaca..
tak lupa juga bermanfaat kepada pembaca..
jangn pulak blog aku ni, senyap..
itu yang aku risaukan. dah nama blog bersawang..
dah tentulah berhabuk.. ye x??
kalau xde jugak idea yang datang ketuk pintu rumah aku..
alamat bukan bersawang dah blog aku ni..
mahu berlumut...
pasni leh lah aku greeting korang dengan..
'WELCOME TO BLOG BERLUMUT, BLOG YANG SETAHUN SEKALI BERUPDATE DAN SENTIASA PENUH DENGAN LUMUT KEHIJUAN DAN BERLENDIR"
dah tentu2 lah masa tu ada pembaca yang dah muntah kelabu dek membayangkan lumut yang melekat kat blog ni..
azam aku, berusaha yang terbaik.
dan segala yang aku nyatakan diatas, aku cuba beri yang terbaik..
jika anda mempunyai azam pada tahun 2012 ini.. mari sama2 kita lakukan yang terbaik.. ok..!!
jika bangla boleh lakukan terbaik memesin rumput ditepian jalan untuk menyara hidupnya..
kita pun boleh jugak..
ye... kita boleh jugak dapatkan apa kita mahukan dengan usaha, doa dan bertawakal.
terima kasih kerana sudi melawat blog ini..
p/s:amat takut x dapat habiskan masa dengan budak senyum..
kerja bertambah.. lagipun. ada masa setahun je tuk habiskan dengan budak senyum.. T____T
5 comments:
selamat merealisasi azam 2012!! :-) semoga tahun 2012 lebih bermakna, lebih berjaya!
( ^_^ )
terima kasih lady milo..!!
=)
selamat tahun baru..teruskan berkarya tak apa pelan semoga blh menjadi blogger terkenal kelak..jemput ziarah dan follow blog saya ye..
http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/12/2011-penyimpan-rahsia-2012-tidak-lagi.html
waahh..terbaik :)
selamat tahun baru kawan..
apapun, semoga azam tahun ni tercapai k :) good luck...
kimy : terima kasih kimy, hang pun kena berjaya jugak tau, sahabat.. =)
insyaAllah..
eja: terima kasih sebab sudi singgah ye..
sama2 hendaknya menjadi blooger yang terkenal dengan akhlak dan penulisannya.. =)
Post a Comment