Tuesday, October 25, 2011

kepada sweet couple yang sweeeeeeeeeeeetttt gitu.... =)

assalamualaikum...
sobahalkhair...!! ohio..!! morning...!!!
alhamdulillah, pagi2 ni dah solat subuh belom????
hehehe...dah sarapan?
welcome to blog bersawang..
blog yang jarang berudpdate dan sentiasa  berhabuk... hahaha
pagi ni punya cerita, aku terjumpa artikel pasal zina...
ha...ye, pasal zina.. moga yang baca ni, sekiranya ade terdetik dalam hati mahu menghampiri zina.. yup, menghampiri zina... nekadlah dalam diri anda supaya berusaha tuk jauhkan diri dari pada perbuatan yng menghampiri zina...
sebenarnya difikirkan semula, zina adalah perbuatan keji dan berdosa...
mampu membuat seseorang  berbalah dengan orang yang lain.. may be berebut mak we?? or.... mak we main kayu tiga..
segala kemungkinan boleh berlaku jika terjadinya zina...
anak luar nikah, pembuangan bayi...
semua tu x mustahil dan berlaku, terkadang harinya kita beristighfar...
astaghfirullahalazim...
moga diri kita yang kita sayang, dan insan lain yang kita x terjerumus dalam perbuatan yang hina ni....
tambahan lagi... MENGHAMPIRI perbuatan zina juga adalah berdosa!!
sebab???
apa yang kita lakukan cenderung kepada zina...
contoh??
antara contoh yang boleh bagi.. mungkin x semua...
1. pegang2 tangan
2. berdua duan lelaki and perempuan
3. sms manja dan mengedik
4. berkasih2 dalam fb... 


dan bnyak lagi sebenarnya...


entri pagi ni bukan tuk diri sendiri je.. tapi tuk insan yang aku sayang....
keluarga yang aku sayang...
guru2 yang aku kasihi...
sahabat2 yang aku rindui...
anak2 murid yang aku cuba tatang jiwa dan hatinya..
yang aku kasih dan cintanya...dan hanyalah perasaan ini kerana Allah hendaklah jua dikekalkan.. amin...


so, tuk student ustaz... baca artikel ni ye....





Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.





وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)

Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.
Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud: Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua. Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.



alhamdulillah... tu saje entri tuk pagi ni... siapa yang bace, terima kasih bnyak2 ye... siapa yang rasa tak suka.. shuuhhhhh!!! gi main jauh2.... jangan kacau hidop aku...ok??? hehehe.. minta maaflah jika ada salah silap ye... aku ni manusia terkadang ade dosa yang tanpa sedar aku lakukan.. 
wailalliqa'

p/s : pagi2 dah makan mee rebus.. =___= teringat budk snyum, masa raya umah aku, makan mee rebus x abis, pastu muntah... hihi.. 

No comments: