Saturday, December 22, 2012

Walimah Farid

Assalamualaikum....!
welcome to blog bersawang..
blog yang jarang berupdate dan sentiasa bersawang....
meh sama2 kita bersihkan sawang kat blog ni eh..
eh2x...siap bawak penyapu sawang ye korang..?
bukan main perli lagi ye..
x mau geng..!

harini walimah Farid Asnan.
kawan sekolah lama di kuala kubu bharu.
jadi bila dapat jemputan, excited lah nak pergi.
semalam, jumaat 21/12/2012 tarikh nikahnya, sekali lafaz sahaja.
Alhamdulillah...

perginya aku ke jemputan walimah bersama sheikh, sahabat aku dan dua orang lain sahabat, aiman dan rahmat..
itu pun aku tanya last minit ada kosong ke x kereta.
kalau x, aish...melopong je lah kat rumah arini.

jadi rombongan pengantin lelaki berkumpul dimasjid klia, kemudian bergerak sama ke bandar seri ehsan.
sepanjang perjalanan, ternampaklah kesan2 banjir kat ladang kelapa sawit arah masuk bandar seri ehsan.
masih ada lagi air bertakung kat kawasan ladang tu.
kena buat sistem pemparitan ni..getus hati kecik aku.. hehehe (style novel citer)

oh yeah, harini aku jadi photographer sampingan..
x banyak shot yang aku minat..haha
setakat asah2 bakat jadi lah..ada ke bakat?? longkang ah jawabnye.. hahaha

pasangan pengantin sangatlah gorgeous arini, baik lelaki sangat tampan, yang perempuan cantik sangat2..
baju warna coklat cair, keemasan.
oh ye, ade lah jugak kawan2 lain yang ada kat situ sekali.
ada fifi, g-g, iskandar, gmah, atin nabila, liana, dengan atiqah samsi.
eh..aku sebut nama bukan korang kenal pun kan..? hahahha

ok, ni dia sedut2 snap2 dari majlis arini.


 ok, sudah sampai masjid klia

 posing jap bila dah sampai...

 g-g and is...macho tetap macho..hahah

lepas solat zuhur. seri pengantin x hilang...haha 

fifi and sheikh.. dah sampai rumah pengantin masa ni. 

the boys and nun sana sekuntum bunga jadi penyeri. 

 the gurrlzz, always cute and gorgeous. =)

the pengantin lelaki..nak gi bersilat jap agi tu..hahahha

pasangan pengantin. bagai pinang dibelah dua. x leh belah lebih2..bahaya.. hahaha

jamuan makan harini sangat sedap..tapai pulut sangat mencairkan hati aku.. hahaha
sedap..
TAPI, aku terpaksa hadapi  gangguan hati dan perasaan dek kerana dj yang berada disitu.
gelak dia sangat annoying. kbye.
(cakap orang, kalau dia gelak lagi ah....)


 the king and the queen of the day... peewwiit...

sebelum balik, posing dengan pengantin.. hehehe

Alhamdulillah, selesai majlis, sampai rumah dengan selamatnya...
so, farid.....jadi suami soleh, yang membimbing isteri solehah hingga ke syurga..
moga bahagia dan sentiasa disayangiNya...

thats all for today yall....
have a nice day..ngeh3x..
sape suka baca entri kali ni, terima kasih ye..1 bintang hati tuk kamu.
hahahah
sape x suka baca, gi duduk diam2 dalam longkang, jangan keluar2 dah...
ok..teeehhhhheeeee.....^__^

psst : rindu sangat budak senyum...='(

1 comment:

Atiqah Hassan said...

wahh sehat betul farid.
g-g je xnaik2 badan