Friday, December 14, 2012

SaVe Me....=)

Assalamualaikum...
welcome to blog bersawanng...
blog yang jarang berupdate dan sentiasa bersawang...
jom baca entri kali supaya senang blog ni dibersihkan...

aku seringkali memikirkan banyak perkara..
ada diantaranya bab hubungan.
bagaimana ikhlasnya kita dalam hubungan..

bila kita mewujudkan satu perhubungan...
contoh, dalam soal persahabatan, seharusnya kita mendidik diri menjadi sahabat yang membantu.
membantu dari segi apa.?
bila jauhnya seseorang sahabat itu kerana leka dengan dunia..
apa tindakan kita sebagai sahabat..?
perlulah terlebih dahulu, kita tenang, fikirkan langkah2 terbaik sebelum menegur sahabat kita...
ingat, sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah..
kerana bila kesannya kita mengingati Allah maka kita merapatkan ukhwah antara kita.

sama2lah kita menjadi sahabat yang baik..
sahabat yang sentiasa membawa sahabat2nya kejalan Allah S.W.T
jangan kita pergunakan sahabat kita demi kepentingan kita sendiri..
jangan jadikan sahabat itu umpama madu, manisnya disedut, sepah nya dibuang.
terbiar terdampar tanpa ada perhatian.

oh, baru teringat..
1 disember yang lalu, kami sama2 meluangkan masa keluar bersama2..
2 minggu dah berlalu, seperti terasa baru semalam keluar bersama..
makan dan solat bersama-sama merapatkan ukhwah antara kami..
memang masa tu, aku rasa sangat gembira...
gembira Allah pinjamkan masaNya untuk aku luangkan bersama mereka..
TERIMA KASIH YA ALLAH..





""hargai insan yang sentiasa berada disisi kita..""
""hargai insan yang selalu menasihati kita""
"":hargai insan yang mendakap kita dalam pemerhatian Allah""
""sayangi insan yang membawa kita kejalan Allah""
""JANGAN sisihkan insan itu dari hidup kita""
""JANGAN pergunakan insan itu demi keseronokan kita""
""JAGA hubungan yang terjalin, ia memberi kesan indah""

No comments: