Thursday, January 2, 2014

Tahun Baru.!

Assalamualaikum..!

welcome to blog bersawang.
blog yang memang sangat jarang berupdate, malah bersawang dengan sarang labah2..
hahaha..bersihkan blog aku dengan membacanya ye..

sangat lama tidak berupdate blog ni kan..?
memang x rindu baca blog ni ye tak..?
apa2 hal pun, selamat tahun baru semua..
walaupun dah masuk 2 januari, tapi masih sempat lagi untuk aku berbasa basi sempena tahun baru, kan?

moga tahun lepas tinggal jadi kenangan untuk kita.
yang penting kita banyak belajar dari kesilapan yang lalu dan kita perbaiki diri kita untuk tahun 2014 ni.
untuk diri aku yang biasa2 ni... (bukan anak raja pun)
aku mendoakan agar iman dalam diri aku sentiasa terpelihara.
banyak sangat yang berlaku pada tahun 2013 ni. baik dan buruk, kedua-duanya aku telah hadapi.
aku sangat perlu meletakkan diri aku lebih lagi kehadapan supaya aku sentiasa beringat tempat asal aku.
yakni dari tanah.
kerana apa yang aku tahu, yang sangat jauh dengan kita adalah masa, dan yang sangat dekat dengan kita ialah mati.
apa yang pasti, masa lepas tidak akan dapat kita injak ke belakang. buatlah apa pun, time machine ke, kau masuk dalam laci doraemon ke, tetap tak akan kembali ke masa lalu.
namun yang kekal dekat dengan diri kita adalah kematian.
setiap yang bernyawa pasti akan menuju kearah kematian.
apabila begitu ketetapannya, sudah tentu kita perlu perbanyakkan amalan sebagai bekalan untuk menghadapi kematian.
aku mengingatkan diri aku juga supaya bangun dari angan2 panjang.
angan2 panjang itu merosakkan iman dan kita x mahu sentiasa terbuai dengan duniawi..
banyakkan perbaiki kesilapan diri. ok? jangan mudah putus asa. 



tahun 2013 banyak beri aku belajar erti kasih sayang. 
yang paling penting kami sekeluarga menerima ahli keluarga baru..
aku dapat adik ipar dan dapat sepupu baru..haha.
yeah.. i love my family so much.
aku sentiasa mendoakan agar kami sekeluarga dipelihara imannya, sentiasa meniti kehidupan duniawi ini dengan bijak dan hikmah.

Allah....
banyak sungguh aku belajar dari tahun lalu.
dan harapnya pembaca blog ini pun dapat belajar dari kesilapan dan kekurangan yang lalu.
yang mana kurang pada diri kita, kita pertingkatkan.
tidak kira dari segi amalan, ibadah, pembelajaran, pekerjaan, kasih sayang, perhatian kepada keluarga, gandakan dengan seupayanya agar tidak menyesal kemudian hari.

sampai sini dulu celoteh aku.
suka baca? Alhamdulillah..
x suka baca? off lappy hang k...lalalallalala

Assalamualaikum semua..^_^



No comments: