Wednesday, November 14, 2012

Alhamdulillah, kembali berblogging.

Assalamualaikum....

salam tahun baru ye...
selamat datang ke blog bersawang..
blog yang sangat-sangat jarang berupdate dan sentiasa bersawang...

1434 hijriah...

tahun baru dalam islam...azam baru bagi sesiapa yang sentiasa menyedari tarikhnya..
sedar..? ya, kesedaran itulah yang sentiasa mendorong kita meperbaharui azam. sentiasa inginkan yang terbaik saban tahun. Bagi aku? Aku nak sentiasa berblogging. Mendidik semula diri supaya minat akan berblogging? 

hangat-hangat tahi ayam? InsyaAllah, TIDAK! 
sekarang aku masih berblogging. Cuma jarang-jarang post benda baru. 
berblogging masih menjadi hobi. insyaAllah. 
kiraannya mudah, cambahkan kembali minat itu dengan sentiasa melakukannya.
contoh : hobi bermain bola sepak. bermulanya ia dengan sentias kita bermain, betul x?
so, dalam episod hijrah kali ini, aku nak semai kembali apa yang telah lama aku tinggalkan.

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوْا
"Dan berpegng teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai".    Ali Imran, 3:103.


pengisian kali ni. mudah sahaja, seperti dalil yang tertera diatas.
berpeganglah kita dengan kasih sayang Allah.
Janji Allah itu benar.
Allah sahajalah yang mampu menunaikan janjiNya dengan sangat tepat.
kita berada dijalaNya dan sentiasa melakukan suruhanNya, kita akan selamat.
jika tidak?
perkara sebaliknya akan berlaku.
bayangkan anda berada diatas jalan. kita masukkan perjalanan itu menuju ke sekolah.
kita ikut jalan yang betul, dengan belok, selekoh dan simpangnya,maka kita sampai ke sekolah.
jika kita ikut jalan yang tidak elok?
jalan yang bersemak, singgah kedai, lepak kat cybercafe, so..apa yang kita dapat?
perkara yang lagha (sia-sia) yang akan kita dapat, kemungkinan besar, dapat jugalah saham dosa.

jom sama2 beringat ditahun baru ni, kita ikut Al-Quran dan Sunnah, maka kita bahagia..
jika tidak mengikutinya, maka Allah akan palingkan wajahNya dari kita.
sayang sangat jika itu berlaku kepada diri kita.

sampi situ sahaja, suka? Alhamdulillah..
x suka entri kali ni? pi lantak hang.
yang kuat dan lemah itu aku jadikan iktibar.
ok? Assalamualaikum.


2 comments:

Hakimy Zamri said...

salam...welcome back bro :') akhirnya...sebak dah aku dapat gak baca entri hg..hehe..lama tak masuk sini..huhu

ridzuan sujari said...

waalaikumussalam..
tu ah kimy..nak comel2 balik dalam blogging ni.hehe thanks support...
suka sangat..hehe