Assalamualaikum..
welcome to my blog bersawang.
blog yang jarang berupdate dan sentiasa bersawang.
hahaha.. marilah bawak penyapu buruk anda dan bersihkan segala mak nenek yang ada diblog ini dengan membacanya. wokkkkkeeeeyyyhh?
x mahu nak berceloteh panjang, ha..tengok ni.
mesti korang........""wooooowwww""
x kurang jugak ada yang tergelak guling2 sampai masuk longkang.
x pun mesti ada yang terharu biru gitu? (motif)
yang geleng kepala sampai terkehel mesti ada jugak kan..?
Nauzubillahiminzaalik.
ucapan sepatutnya yang dilafazkan. moga dijauhkan dalam kehidupan seharian kita.
cinta itu nilainya abadi disisi Allah.
jika dikira harganya, sudah tentu 100 keturunan pun x mampu kita bayar.
jangan ditafsir cinta dengan angka, sudah tentu tiada kesudahan pengiraannya.
bawaklah calculator atau sempoa sekali pun.
sampai jari jemari penat x kan tahu nilai sebenar kasih dan sayang yang telah Allah berikan pada kita.
bayangkan,jika Allah tuntut bayaran pada tubuh badan kita.
juga udara yang kita hirup percuma setiap hari.
kalau dicas pada setiap sedutan oksigen 30 sen.
dah berapa pulak kita nak bayar.?
tambah pulak kalau ada GST..hehehehe
contoh merapu sengaja aku beri, supaya terfikir di benak hati kita.
"eh..ye lah...semuanya percuma.Allah x minta bayaran pun..tapi masih tetap kita tidak bersyukur"
lihat. dengan kebesaranNya, punyalah Allah sayang pada kita hingga apa yang diberiNya tidak langsung meminta nilai wang sebagai bayaran.
cuma mahukan hambaNya bertaqwa, beriman dan sentiasa bersyukur diatas apa sahaja kurniaanNya..
marilah jadi hamba Allah yang bersyukur..ianya AMANAH SAHAM AKHIRAT
yang masih belajar, x yah beranganlah nak bercinta.
memang x salah perasaan sayang itu.
tapi kalau dah lain caranya..
Allah pun x mahu pandang kita.
lihat jauh kedepan, tanamlah cinta pada Allah, suburkan...bajai dengan amalan..
sirami dengan ketaqwaan. hasilnya kita bakal beroleh di akhirat kelak.
itu sahaja untuk kali ini ye..
suka baca? Alhamdulillah..
x suka baca..? gi guling2 kat taman bunga...
hahahaha..salah silap mohon maaf ye..
Assaalamualaikum.